BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum menjual gambar dan video di laman web Shutterstock? Soalan ini adalah melibatkan dari segi semua aspek cara mendapat pembayaran dari pihak Shutterstock.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, namun ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah: a. Riba. b. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil c. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan. d. Rasuah. e. Memonopoli barangan (ihtikar). f. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan. g. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak. h. Haram menjual najis. Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haram ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Shutterstock merupakan antara platform jual beli gambar online terbesar selain beberapa platform online lain. Secara tidak langsung, Shutterstock boleh menjual koleksi gambar peribadi dan menerima bayaran dalam nilai USD. Maka hukum menjual gambar dan video di Web Shutterstock adalah harus selagi mana cukup rukun dan syarat sah jual beli dalam Islam, serta tidak bertentangan dengan syariat Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 204

message user image