BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Saya nak bertanya apakah hukum nazar saya. Saya bernazar “Kerana Allah aku mewajibkan ke atas diri aku menginfakkan RM 200 yang akan diberi kerajaan (duit bantuan pelajar IPT) kepada Surau Al-Ikhlas sekiranya penyakit dalam badanku ini sembuh harini (iaitu pada 2 Ramadhan lepas). Saya menyatakan sembuh pada hari itu (25 April 2020) tetapi, saya masih seperti biasa. Saya juga merasa biadab ke atas Allah kerana menentukan waktu atas nazar saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, nazar pada asasnya wajib dilaksanakan apabila perkara yang dinazarkan itu terjadi/termakbul. Barangsiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut, perlu membayar kaffarah. Dalam situasi saudara, perkara yang dinazarkan adalah sah dan diterima di sisi syara’. Namun, oleh kerana saudara tidak sembuh pada hari berkenaan, maka saudara tidak perlu melaksanakan nazar (bersedekah) tersebut, mahupun membayar kaffarah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 129

message user image