Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum, semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT. Apakah hukum berurusan, seperti berbelanja, di kedai yg syarikatnya yg mengadakan kempen menyokong LGBTQ. Kedua, bagaimana pula dgn pembelian barangan buatan negara yg menindas umat islam?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Dari segi hukumnya berbelanja (jual-beli) di syarikat tersebut adalah sah. Soal mereka berkempen menyokong LGBTQ itu dosanya ditanggung oleh mereka masing-masing. Firman Allah SWT : ولَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ Maksudnya : “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)” (al-An’am : 164) Namun, lebih utama kita berbelanja ditempat lain. 2. Pembelian tersebut hukumnya adalah sah. Soal penindasan yang dilakukan mereka dosanya ditanggung oleh pemerintah negara tersebut. Namun, lebih utama sebagai tanda protes kita tidak bersetuju dengan penindasan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.