BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai darah haid & isthihadah. Saya mula hari pertama period 5/4/2020 saya memakai IUCD (alat perancang keluarga) pada 10/4/2020 semasa hari ke 6 dtg darah haid. Haid saya sampai 13/4/2020. Kemudian behenti selama 10 hari. Dtg semula darah pd 24/4/2020 selama 3 hari. Saya behenti dr keluar darah selama 4 hari & hari ini 1/5/2020 saya dtg darah semula. Mana satu darah period mana satu darah isthihadah. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bermula pada 5/4/2020 – 13/4/2020 adalah darah haid. Manakala pada 24/4/2020 dan selepasnya adalah darah istihadah. Cara menentukan sama ada ia darah haid atau istihadah ialah dengan mengenalpasti ciri-ciri darah tersebut disamping keluarnya pada waktu kebiasaan haid atau tidak. Disarankan agar setiap kali berlaku pendarahan, hendaklah buat rekod/ catatan supaya mudah untuk dirujuk apabila berlaku perkara yang sama. Ini kerana setiap wanita pasti lebih kenal keadaan darahnya sendiri. Dan ia tidak sama antara seorang wanita dengan wanita yang lain kerana perbezaan hormon, umur, pemakanan, persekitaran dan sebagainya yang mempengaruhi kondisi tubuh badan masing-masing. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 129

message user image