Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika syampu yang kita pakai dikatakan mengandungi lemak babi, apakah yang patut kita buat? Bagaimana dengan kesucian tubuh badan kita?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika syampu yang dikatakan mengandungi lemak babi, puan perlu buat semakan pada isi kandungan bahannya melalui web: www.halal.gov.my atau menggunakan aplikasi Verify Halal yang disediakan oleh pihak Hub Halal JAKIM. Setelah buat semakan dan didapati benar, maka puan perlu sertu anggota yang terkena syampu tersebut. Jika puan tidak pasti kandungan syampu tersebut sama ada benar-benar mengandungi lemak babi atau tidak, hanya sangkaan, maka elakkan perasaan tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh: اليقين لا يزول بالشكّ Maksudnya: Keyakinan tidak terluput dengan syak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.