Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya bercerai pada 20 feb 2018 talak satu. Saya dan suami tidak tinggal serumah sejak 28 Dec 2017, saya pernah melakukan hubungan dengan bekas suami pada 26 march 2018 (belum habis iddah). Persoalannya, haruskah saya meminta rujuk? Dan sekiranya tiada rujuk adakah saya berdosa besar kerana melakukan hubungan dengan suami semasa dalam iddah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Berkenaan hubungan puan dengan bekas suami semasa dalam tempoh iddah sebaiknya hendaklah dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk tujuan pengesahan. Dalam Mazhab Shafi’i, rujuk hendaklah dilafaz melalui perkataan, manakala dalam Mazhab Hanafi, melakukan hubungan intim dianggap sebagai rujuk (melalui perbuatan). 2. Benar, dalam Mazhab Shafi’i melakukan hubungan intim dalam tempoh iddah adalah haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.