Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: 1.Solat berjemaah. Sekiranya selepas habis solat imam tak perasan ada cat dikakinya, apakah tidak sah solat berjemaah itu. 2.Bagaimana pula sekiranya salah seorang makmum ternampak kaki imam ada cat ketika sedang solat, namun makmum tu was2 nak bg tau sebab sedang solat. Dan makmum hanya trnampak tanda hitam contohnya. Apabila habis solat makmum tu bagi tahu pada imam. Sekiranya benar itu adalah cat adakah imam dan makmum kena ulang balik solat mereka?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Solat jemaah tersebut adalah tidak sah jika cat wujud lebih awal sebelum berwuduk kerana wuduknya tidak sah. 2. Apabila telah beritahu pada imam, imam kena betul-betul pastikan ia adalah cat atau bukan. Imam kena pastikan juga bila tanda tersebut ada pada kakinya. Jika ada selepas dia mengambil wuduk, maka sah solatnya. Jika dia yakin tanda itu ada sebelum wuduk maka tidak sah solat dan wajib ulang semula solatnya imam dan makmum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.