BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, tuan sy ingin bertanya.. Bolehkah puasa kifarah sumpah digabungkan dengan puasa di bulan Ramadan.. T. Ksh, assalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak boleh untuk menggabungkan puasa kaffarah dengan puasa di bulan Ramadhan kerana puasa di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas semua Muslim dan khusus pada bulan tersebut sahaja. Manakala puasa kaffarah hanya wajib ke atas orang yang melanggar sumpah dan tidak terikat pada masa tertentu. Oleh itu, kedua-dua puasa yang wajib perlu dilakukan secara berasingan. Tuan boleh melaksanakan puasa kaffarah pada bila-bila masa kecuali pada bulan Ramadhan dan hari-hari yang diharamkan berpuasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 75

message user image