BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: As salamualaikum saya nk tanya..apa hukum mengambil barang orang lain tanpa sengaja dan langsung tidak ada niat untuk mencuri.Contohnya kita terambil baju orang lain yang sama dengan design baju kita di ampaian baju,kita mengira bahawa baju yang kita terambil itu baju kita tapi sebenarnya bukan,masalah semakin menjadi rumit sebab masa tu saya perasan yang saya tersalah terambil baju, niat saya sebenarnya nak letak balik ke ampaian tapi selepas tu saya betul2 lupa,selepas 5 tahun..saya teringat balik yang saya lupa nak pulangkan baju dan saya tak tahu siapa tuan punya baju tersebut dan perkara itu membuat kan hati saya tidak tenang sejak akhir2 ni . Soalan saya pertama ialah apakah itu dikira mengambil hak orang lain ataupun luqatah? Soalan yang kedua bagaimana nak menebus balik sebab baju tu sebab saya betul2 tak pasti siapa tuan punya baju dan hanya main teka ja itupun tak pasti betul ataupun tidak siapa orang tu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan tersalah mengambil baju yang bukan hak kita dan tidak disengajakan tidaklah dihukumkan sebagai mencuri dan tidaklah berdosa. Apabila disedari ia bukan milik saudara, sepatutnya saudara perlu bersegera mengembalikan baju tersebut di tempat asal. Bagaimanapun apabila kejadian tersebut telah lima tahun berlalu dan saudara tidak dapat memastikan pemiliknya, dicadangkan supaya saudara berjumpa individu yang saudara jangka kemungkinan beliau adalah pemiliknya. Memandangkan, kini adalah era teknologi yang kebanyakan masyarakat mampu berurusan di media sosial, disarankan juga saudara membuat hebahan berkenaan baju tersebut di mana-mana medium yang bersesuaian. Mudah-mudahan akan ada yang dapat membantu bagi memudahkan pengesanan pemilik asal baju tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 486

message user image