BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Askm ..sy nk tanya apakah hukum bila kita pakai kasut yang diperbuat drpd material halal ..tetapi kilang itu juga dia ada juga mengeluarkan material kasut yg tidak halal..adakah kasut tersebut sy perlu sertu juga???terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Memakai kasut yang diperbuat daripada bukan najis hukumnya adalah harus. 2. Oleh kerana telah diketahui bahawa kilang kasut itu turut mengeluarkan kasut daripada bahan najis mughallazah, hendaklah dielakkan kerana berlakunya percampuran antara halal dan haram (najis mughallazah). 3. Tidak perlu disertu kasut itu kerana ia diperbuat daripada bukan najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 78

message user image