Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, Tuan/puan, Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli online. Situasi: Seorang tukang jahit langsir mengiklan design-design langsir di laman sosial (shopee/lazada), design diambil dari page penjual kain langsir yang lain di platform yg sama. Apabila ada pembeli membuat order kepada tukang jahit dengan memilih design yang dipilih, barulah tukang jahit membeli kain tersebut kepada penjual langsir untuk dijahit. Semasa pembeli membuat order,sejumlah wang telahpun ditolak dari akaun pembeli. Tetapi wang tersebut masih belum diperoleh oleh tukang jahit (dalam simpanan shopp/lazada) sehingga barang di pos oleh tukang jahit kepada pembeli. Persoalan sy, adakah sah jual beli. Pengetahuan sy sah jual beli apabila barang telahpun ada ditangan penjual (dalam situasi ini tukang jahit). Tetapi hakikat kain tiada di tangan dan baru akan dibeli oleh tukang jahit kepada pihak ke3?. Situasi berlaku apabila penjahit tidak mahu ambil risiko menyimpan stok yg tidak tahu akan dibeli atau tidak. Apabila ada pembeli, barulah kain di beli dah dijahit. Bagaimana pendapat tuan/puan dalam isu ini?.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sah jual beli apabila memenuhi rukun-rukunnya. Rukun jual beli adalah penjual, pembeli, barang, harga dan sighah. Dalam kes ini, jual beli adalah sah dan terlaksana melalui pihak ketiga dan terlaksana sepenuhnya apabila barang telah sampai kepada pembeli dan harga telah diperolehi oleh penjual. Lazada adalah platform menerima order daripada pelanggan. Hubungannya dengan tukang jahit adalah ijarah (اجاره) sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.