Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Saya mempunyai seorang abg yg istimewa,terencat akal akibat demam panas ketika waktu kecil. Sekiranya saya berkahwin,bagaimana perbatasan aurat isteri saya ngn abg saya yg istimewa ni.. Mohon pencerahan ats isu ini..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, keadaan terencat akal itu perlu dipastikan terlebih dahulu. Hal ini kerana, terdapat 2 jenis keadaan orang yang terencat akal : 1. Jika dia tidak boleh memahami dan menilai baik buruk sesuatu, maka dia tergolong dalam orang gila. Orang gila tidak ditaklifkan (bebanan syarak) sesuatu hukum. 2. Jika dia terencat akal tetapi memiliki keupayaan akal yang rendah seperti bodoh/lembap dan masih boleh menilai perkara baik dan buruk, maka dia masih tergolong dalam mukallaf. Sebaiknya, kekallah menutup aurat sesama ipar sekalipun dia orang yang istimewa. Nabi SAW juga menyuruh menutup aurat dihadapan orang yang buta, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA, bahawa dia menyatakan ; كُنْتُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ مَيْمُونَةُ، فَأَقْبَلَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ وَذَلِكَ بَعْدَ أَنْ أُمِرْنَا بِالْحِجَابِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَيْسَ أَعْمَى لَا يُبْصِرُنَا، وَلَا يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا Maksudnya: “Aku bersama Nabi SAW dan Maimunah, dan Abdullah ibn Ummi Maktum datang kepada kami – dan hal ini berlaku selepas turunnya perintah kewajipan berhijab – maka Nabi SAW bersabda: “Tutuplah aurat kalian daripadanya”. Maka kami pun berkata: “Wahai Rasulullah SAW, bukankah dia itu buta dan tidak melihat dan mengenali kami?” Maka Rasulullah SAW berkata: “Adakah kamu berdua buta dan tidak melihatnya?” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.