BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada sedikit perselisihan atau pergaduhan kecil dengan suami (5 May 2020 / 6.45pm). Perselisihan tersebut menyebabkan emosi kami terjejas dan menyebabkan suami berkata "kalau macam ni, baik kita bawa haluan masing², senang". Setakat jam 9.00 malam kami masih belum berbaik lagi dan saya mengambil initiatif bertanya di ruangan ini. Untuk pengetahun tuan/puan, saya sedang "datang bulan @ haid". Saya musykil dengan kata² dari suami di atas. Soalan saya: 1) Adakah ia jatuh (sah) talak atau tidak? 2) Ia dikategorikan sebagai lafaz apa? 3) Apa yang patut saya / kami lakukan? 4) Jikalau boleh, boleh tuan memberi penerangan secara terperinci apa yang patut kami lakukan. Bolehkah tuan/puan menjawab soalan saya dengan kadar segera? Saya amat hargai bantuan pihak tuan/puan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz “kalau macam ni, baik kita bawa haluan masing², senang” dikategorikan sebagai lafaz kinayah (tidak jelas). Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya si suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Walaubagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 133

message user image