BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Abang saya mendengar satu ceramah di Ipoh yang mengatakan bahawa jika bertadarus bersama dengan orang yang tidak lancar bacaannya maka semua ahli kumpulan tadarus itu tidak mendapat pahala tadarus...hanya mendapat pahala mengaji sahaja..Adakah ini benar.Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perkara tersebut adalah tidak benar. Orang yang tidak lancar bacaannya tidak bermakna bacaan tersebut salah yang menyebabkan tidak mendapat pahala. Bahkan dia mendapat dua pahala iaitu pahala mengaji dan pahala di atas usahanya untuk membaca al-Quran dengan baik. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummul Mu’minin ‘Aisyah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ Maksudnya : “Yang membaca al-Qur`an dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca al-Qur`an namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” (Riwayat Al-Bukhari) Jika tadarus tersebut ada tegur-menegur dan saling membetulkan bacaan, maka tetap dikira bertadarus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 160

message user image