BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Tuan, saya ingin bertanya mengenai status pengamalan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah di bawah pimpinan Dr Jahid bin Sidek yang mempunyai pusat pengamalan di Selangor. Bolehkah beramal dengan Tarekat pimpinan beliau?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sehingga kini tiada lagi fatwa yang mengharamkan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah di bawah pimpinan Dr. Jahid Sidek. Hanya beberapa tarekat berkaitan dengan Naqsyabandiah di Malaysia telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam iaitu: i. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya. ii. Amalan Suluk (bertapa) & Rabitah (menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah. iii. Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. iv. Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di bawah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki. Maka, selain daripada yang telah difatwakan di atas adalah baik dan boleh diamalkan. Namun, jika terdapat perkara yang meragukan dari segi pengamalan, pihak tuan boleh membuat aduan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-55143679/03-55143682/03-55143798. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 246

message user image