BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya kamal ingin bertanyakan beberapa soalan, 1.Saya penjawat awam,dan tugas hakiki saya ialah sebagai pemain pancaragam (brassband) dan saya dibayar gaji untuk tugas tersebut Apakah hukumnya? 2.Jika saya ingin keluar daripada pasukan pancaragam mungkin saya akan dihantar ke tempat lain,iaitu jauh daripada kampung, kerana jabatan anti kepada mereka yang keluar daripada unit tersebut. 3.Dikediaman saya juga,saya dilantik sebagai imam surau,Saya ingin keluar daripada unit pancaragam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik,tapi mungkin saya akan ditukarkan ke tempat yang jauh,Apakah pandangan datuk mufti Sekian terima kasih...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukumnya adalah harus, selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 2. Jika tuan ingin keluar daripada pasukan tersebut, pihak jabatan hendaklah mengurusnya dengan adil dan tidak prejudis dalam tindakannya. 3. Ambillah pilihan yang terbaik walaupun ditukarkan ke tempat yang jauh agar hati lebih tenang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 68

message user image