BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Kebiasaan normal saya akan menembak air dalam lubang dubur sebab rasa bersih dan puas selepas habis semua yang ada keluar. Persoalanya, batalkah apabila saya melakukannya di siang hari semasa berpuasa apabila saya terlupa saya berpuasa dan juga batalkah apabila saya melakukannya walaupun saya ingat saya berpuasa kerana itu adalah kebiasaan normal saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke rongga dalam (ruang selepas halkum sehingga ke usus) melalui rongga terbuka iaitu mulut, telinga, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan. Sekiranya lupa, terdapat kelonggaran yang diberikan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa, sedang dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum itu.” (Riwayat Muslim) Oleh yang demikian, perbuatan menembak air ke dalam lubang dubur itu tidaklah membatalkan puasa, jika diyakini tidak masuk ke rongga dalam badan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 432

message user image