BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya telah berkahwin tetapi isteri saya duduk berjauhan dengan saya atas sebab pekerjaan. Oleh kerana keadaan kami maka kami telah melakukan bersetubuh/berjimak di bulan puasa beberapa hari. Disini saya ingin membuat pertanyaan kepada ustaz mengenai kafarah. Seperti yang terdapat pada website JAIS, saya dapati kafarah adalah: 1. Memerdeka seorang hamba (sudah tiada) 2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah, 3. Memberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi. Saya telah mencuba untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut tetapi saya tidak mampu. Oleh itu saya ingin mencuba cara ke 3 iaitu memberi 60 orang miskin makan. 1. Disini saya ingin mengetahui bolehkah saya membayarnya secara online dengan kadar semasa nilai secupak di Pusat Zakat Selangor? 2. Apakah saya perlu membayar kaffarah mengikut bilangan hari yang telah kami melakukan persetubuhan tersebut atau mengikut bilangan tahun yang telah kami lakukan? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan kepada persoalan saya ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi suami yang melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan adalah qada’ puasanya pada hari tersebut kemudian membayar kaffarahnya dengan berpuasa 2 bulan berturut-turut. Bagi isteri hanya wajib qada’ puasanya pada hari itu. Jika tidak berkemampuan menggantikannya, boleh merujuk terus ke kaunter zakat yang berhampiran untuk menjelaskan bayaran kaffarah tersebut. Jika berlaku persetubuhan dua hari atau lebih dalam bulan Ramadan, fuqaha bersepakat bahawa bagi setiap hari dikenakan kaffarah. Manakala bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kaffarah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 78

message user image