Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Cara ambil wuduk ketika tangan kiri berbalut kerana cedera
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hendaklah dibuka balutan tersebut semasa berwuduk jika tidak membawa kemudharatan yang teruk. Jika kecederaan itu memudharatkan nyawa semasa berwuduk, maka basuhlah di atas balutan luka tersebut dan berwuduk seperti biasa, kemudian dilaksanakan tayammum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.