BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: aslkm. memandangkan kebnykan bakers memakai cream of tartar. saya baru tahu yg serbuk cream of tartar ni ada kaitan dgn pembuatan wine. jadi saya nak tanya pencerahan bagi pihak jabatan agama, bagaimana sbrnya? kerana mmg kalau pakai cream of tartar ni kek makin ringan..penggunaan ini saya perhatikan dri bertahun2 lamanya. saya baru tahu berdsarkan bacaan seorang puan ini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10159739516238098&set=pcb.10159739517748098&type=3&theater


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, serbuk tartar pada asalnya adalah hasil daripada pemeramam wain namun terdapat juga kaedah lain yang digunakan bagi mendapatkan serbuk tartar ini tanpa melalui proses fermentasi jus. Serbuk tartar yang diproses tanpa fermentasi adalah halal dan berikut merupakan antara jenama serbuk tartar yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM (bahagian produk): http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=PR&cari=cream%20of%20tartar Oleh itu, jika puan menjumpai jenama serbuk tartar selain daripada jenama yang diiktiraf JAKIM, maka hendaklah dielakkan kerana ditakuti syubhah dan sebaiknya menggantikan serbuk tartar dengan bahan-bahan lain yang lebih diyakini halal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image