Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalam saya berkerja di maybank sebagai ketua audit untuk IT dan operation. saya di beri saham maybank sebagai reward (benefit) setiap tahun . saham ini di credit ke account dan dividednya sekali. soalan saya bolehkah saya guna duit saham ini dan dividednya. kerana ia diberi sebagai saguhati untuk berkerja lama di maybank. wasalam
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan boleh menggunakannya kerana ia merupakan ganjaran/ saguhati pekerja yang diberi oleh majikan. Walau bagaimanapun, perlu dipastikan saham tersebut adalah saham yang patuh syariah. Namun, jika tidak patuh syariah, tuan tidak terlibat dengan urusniaga tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.