Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika seluar dijilat anjing...terus lupa disamak..kemudian ahli keluarga tidak sengaja meletakkan baju tersebut di mesin basuh untuk dicuci bersama baju lain..apa hukum dia??perlukah samak keseluruhan baju?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, seluar yang dijilat anjing itu hendaklah disertu agar hilang kenajisannya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda; طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah. (Riwayat Muslim) Baju yang bercampur dengan seluar tersebut dalam mesin basuh menjadi mutannajis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.