Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: kita tahu bahawa penggunaan kad kredit sangat meluas sekarang ini. saya ingin bertanya hukum bagi penggunaan kad kredit. ada sesetengah ustaz mengatakan haram. saya ingin meminta penjelasan dengan lebih jelas mengikut situasi yang saya alami. 1. saya menggunakan kad kredit konvasional dan membuat bayaran tepat pada masa tanpa ada sebarang cas lewat pembayaran. adakah setiap urusan jual beli itu haram?. 2. setiap kad konvensional yang saya gunakan mempunyai cash back berdasarkan penggunaan bulanan saya (hampir setiap bulan saya terima rm30). adakah cash back tersebut haram kerana kad tersebut kad konvesional dan terdapat unsur riba?? 3. situasi yang sama seperti soalan 2 tapi kad yg digunakan adalah kad islamic. adakah cash back yang saya terima halal atau haram?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Penggunaan kad kredit konvensional dan segala urusan yang berkaitan dengannya hendaklah dielakkan kerana ia terlibat dengan riba’ yang diharamkan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud : وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (al-Baqarah: 275) 2. Ya, ia juga haram untuk digunakan dalam sebarang urusan jual beli. 3. Cash back yang diterima menggunakan kad kredit Islamic adalah halal, kerana berdasarkan akad yang patuh syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.