BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya pernah bernazar untuk tidak menonton wayang di pawagam selepas menunaikan umrah. Kemudian saya telah menunaikan umrah, adakah nazar itu akan berterusan sampai bila2 atau jika saya melanggar nazar itu, saya kena membayar kifarah atau macam mana? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, setiap daripada kita yang mengaku Islam sewajarnya mempunyai ilmu perihal nazar kerana, kadangkala kita berjanji itu dan ini dengan menggunakan nama Allah SWT tetapi bila tiba masanya, kita seakan melupakan sedangkan kita sudah berjanji untuk tunaikan. Nazar dari segi bahasa bermakna janji melakukan sesuatu perkara sama ada baik mahupun buruk. Dari segi syarak pula, ia bermakna janji untuk melakukan sesuatu yang baik sahaja (dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT). Secara umumnya para fuqaha menyatakan, nazar itu bermakna, seseorang yang mewajibkan dirinya melakukan sesuatu ibadah yang pada asalnya tidak pun diwajibkan ke atasnya. Dalam surah al-Hajj ayat 29, Allah SWT menegaskan bahawa nazar wajib disempurnakan. Namun, ada nazar yang boleh diganti dengan denda (kafarah) seperti kafarah sumpah. Contohnya dia berkata : “Jika aku dapat 6A dalam UPSR nanti, aku nak berpuasa tiga hari”. Nazar seperti ini sama seperti sumpah, sehingga ulama menyatakan jika dia tidak mahu berpuasa, boleh diganti dengan denda sama seperti kafarah sumpah. Namun, jika nazar yang diucapkan tidak mampu ditunaikan atau mustahil ditunaikan, maka tidak wajib ditunaikan dan diganti dengan kafarah nazar seperti berikut :- i. Memberi makan dan pakaian kepada 10 orang miskin. ii. Memerdekakan seorang hamba. iii. Melakukan puasa selama tiga hari berturut-turut dengan niat membayar kafarah sumpahnya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa puan dan menerima amalan baik puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 256

message user image