BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya baru beberapa bulan berkahwin dan telah bersetubuh bersama isteri di siang hari waktu bulan ramadhan. Apa maksud kaffarah puasa. Dan bagaimana hendak melangsaikan denda. Mohon bantuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Berkenaan kaffarah melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan, hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut bagi hari yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan tersebut. Turutan kaffarah hendaklah berpuasa terlebih dahulu, tidak boleh terus memberi makan kepada 60 orang miskin. Wajib ditunaikan kerana ia merupakan hutang atau denda terhadap perbuatan melanggar hukum Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 97

message user image