Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada masalah kentut. Jadi apabila rasa nak kentut ketika solat, saya akan membatalkan solat saya dengan mengeluarkan angin kentut dan mengambil wudhu yg baru. Adakah perbuatan menghentikan solat seperti ini dibenarkan? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, kentut ketika solat dengan sendirinya sudah membatalkan solat. Cara kentut tentulah dengan mengeluarkan angin. Ia adalah perbuatan yang tidak dapat dielakkan atau ditahan-tahan. Setelah berwuduk solatlah semula seperti biasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.