BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Boleh fidyah diberikan di kalangan adik beradik yang susah atau hanya dibenarkan pada orang lain yang tiada pertalian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak boleh membayar fidyah kepada orang yang di bawah tanggungannya. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan: “Sesungguhnya sesiapa yang diwajibkan ke atasnya membayar zakat, tidak sah sekiranya ia menunaikan zakat dengan memberikan zakat kepada sesiapa yang di bawah tanggungan nafkahnya. Sama ada ia daripada Isteri, Usul dan Furu’nya walaupun keadaan mereka itu fakir atau miskin.” Justeru, jika adik-beradik itu berada dibawah tanggungan puan maka tidak boleh memberi fidyah kepada mereka walaupun mereka susah. Sebaiknya bantu mereka atas nama sedekah bukan fidyah. Namun, jika bukan bawah tanggungan nafkah, hukumnya harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 85

message user image