BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Bagaimanakah cara untuk membayar/menebus kesalahan seperti menjual barang syarikat dan menggunakan kemudahan peralatan syarikat semasa bertugas?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pertamanya hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Jika barang tersebut masih ada hendaklah dipulangkan kepada syarikat. Jika tiada, barang tersebut hendaklah diganti semula dengan barang yang sama. Duit hasil jualan tidak boleh digunakan kerana barang yang dijual adalah milik syarikat. Duit tersebut hendaklah diserahkan kepada syarikat, jika syarikat tutup hendaklah serahkan ke Baitulmal kerana ia merupakan wang yang tidak dituntut. Menggunakan kemudahan peralatan syarikat untuk keperluan kerja adalah dibolehkan. Tetapi jika digunakan untuk tujuan peribadi adalah dilarang atau dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak majikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image