Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya sedang berkerja di syarikat pengeluaran majalah, dimana 3 dari 72 majalah disitu adalah majalah mengenai LGBT. Adakah cukup untuk saya membenci perbuatan LGBT itu dan meneruskan pekerjaan saya disitu. Adakah gaji saya itu gaji yang halal disisi Allah SWT?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, pekerjaan dan gaji yang diperolehi adalah syubhah kerana bercampur dengan hasil majalah LGBT. Dengan itu, jika terdapat peluang pekerjaan di tempat lain yang diyakini patuh syariah, maka afdhal untuk puan meninggalkan pekerjaan di syarikat pengeluaran majalah tersebut. Ini berdasarkan firman Allah SWT : وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” (al-Maaidah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.