BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: ...soalan nya macam tok...jika lelaki sesama lelaki saling mencintai dan saling menyayanggi ada kah itu salah atau tidakk ustaz ... contoh seseorang lelaki ni dari kecil tiada perasaan dengan wanita...dan setiap dia menerima kenyataan dia itu lelaki dan menerima perempuan dia tetap merasa kan dia tiada perasaan dan tidak cocok... seoleh oleh dia cocok dengan sesama lelaki dan sesama jenis .. macam die tu gay dan bercinte sesama lelaki tapi tidak pernah meninggal kan sholat ... contoh...macam seseorang lelaki ni..dia dari kecil merasa kan dia itu akan jadi wanita dan merasa diri nya wanita..macam di kira kan takdir tapi dia masih lelaki tapi dia tetap menunggu takdir


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perasaan tersebut hendaklah dibendung dan dielakkan. Telah jelas larangannya di dalam al-Quran, firman Allah SWT ; وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ Maksudnya : “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” (al-A’raf : 80-81) Tiada yang tersilap pada qada’ dan qadar Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dicadangkan agar mereka yang terlibat untuk dapatkan sokongan dan bimbingan daripada pihak Bahagian Pemulihan ar-Riqab, Majllis Agama Islam Selangor (MAIS) atau cawangannya di daerah yang berdekatan tempat tinggal. Atau hubungi di talian berikut : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tingkat 9 & 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel: 03 5514 3400 samb 2175. Fax: 03 5512 4042 والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 159

message user image