Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya berniat untuk bercukur rambut botak ketika melakukan umrah tetapi tidak melakukannya. Adakah saya perlu membayar dam akibat tidak melakukannya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu membayar dam sebab tidak bercukur rambut botak, kerana dam itu dikenakan bagi orang yang melakukan perkara yang dilarang semasa ihram, atau tidak melakukan perkara wajib. Sedangkan bercukur botak tidak termasuk dalam kedua-duanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.