BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya seorang pegawai kerajaan di KL. Telah diarahkan menghadiri urusan rasmi di Ipoh. Dalam surat arahan, saya layak menuntut elaun perjalanan mengikut kiraan kilometer jarak perjalanan. Walau bagaimanapun, saya menaiki bas ke sana atas alasan kepenatan untuk memandu. Bolehkah saya menuntut elaun perjalanan mengikut kiraan kilometer jarak sedangkan saya tidak memandu kenderaan sendiri?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perbuatan menipu tetap haram walaupun dilakukan atas perintah orang lain/ majikan. Melainkan wujud paksaan, iaitu yang menyebabkan kemudharatan tubuh badan dan nyawa. Jika dilakukan juga dikira bersubahat melakukan yang haram. Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima seksaan yang sangat pedih di akhirat nanti. Nabi S.A.W bersabda : من غش فليس منا Maksudnya : “Siapa yang menipu bukan dari kalangan kami”. (Riwayat Muslim) Apa yang dilakukan itu termasuk dalam kategori menipu melainkan memang menggunakan kenderaan sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 203

message user image