Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakalah lebih afdhal melakukan solat sunat terawih atau solat qadha kerana saya telah meninggalkan solat sejak baligh sampai umur 16 tahun. Adakah saya harus melakukan solat qadha atau solat terawih terlebih dahulu
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tuntutan utama yang perlu dilakukan adalah menggantikan (qada’) solat fardhu kerana hukumnya adalah wajib. Sedangkan solat tarawih hukumnya adalah sunat. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan kedua-duanya sekali. Jika berkemampuan, selepas menggantikan solat isyak, saudara boleh melakukan solat sunat tarawih selepasnya kerana mengambil peluang dan ganjarannya sempena berada dalam bulan Ramadhan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.