BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan. Sering kali kita atau orang lain pergi ke kedai gunting untuk bergunting rambut . Dalam proses itu tukang gunting menggunakan berus untuk membersihkan rambut yang melekat dibahagian kepala dan sekitarnya . Berus itu tak diketahui sama ada dari rambut manusia atau bulu haiwan . 2. Soalan saya ; apa hukum kita gunakan berus tu ? adakah memadai kita membersihkan diri kita seperti biasa ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika telah terdetik dihati, saudara perlu bertanya terus kepada tukang gunting rambut tersebut sama ada berus itu diperbuat daripada bulu apa bagi menghilangkan kegusaran. Selagi tidak tahu hukumnya adalah harus digunakan dan bersihkanlah diri seperti biasa. Tambahan pula, jika kering dengan kering maka tiada masalah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 175

message user image