BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum YBhg SS Dato' Mufti, Saya ada beberapa soalan yang telah lama terpendam untuk diajukan kepada SS: 1.Dalam solat-solat sunat, apa hukum membaca solawat penuh selepas syuhadah (hingga innaka hamidum majid). 2. Dalam solat-solat sunat, perlukah saya (apa hukumnya) membaca surah selepas Al-fatihah seperti dalam solat fardhu? 3. Sebagai musafir, saya ingin bersolat jamak tetapi ingin menyertai jemaah mukim yang hendak memulakan solat berjemaah. Bolehkah saya ikut mereka mendirikaan solat mengikut rakaat mukim (contoh zuhur 4 rakaat) dan kemudian saya sambung sendiri dengan solat asar qasar 2 rakaat? 4. Dalam solat jamak-qasar contohnya maghrib dibawa ke isyak, sebagai musafir, saya juga ingin menyertai solat tersebut secara berjemaah tetapi tidak pasti imam akan memulakanya dengan solat isyak atau maghrib. Waktu pada masa itu adalah Isyak. Bolehkah saya memasang niat solat pertama mengikut andaian saya sahaja (maghrib) dan apakah kesannya jika didapati selepas itu imam sabenarnya telah memulakan dengan solat isyak? Atau apakah yang sepatutnya saya lakukan dalam hal ini? 5..Benarkah sekiranya kita mandi wajib boleh sekali berniat untuk wudhu? Bukankah semasa madi kita perlu merataka air (dengan tangan) ke seluruh tubuh termasuk kemaluan. Ini akan sendirinya membatalkan wudhu yang hendak diambil 6. Benarkah sekiranya kita mandi wajib boleh sekali berniat untuk wudhu? Bukankah semasa madi kita perlu merataka air (dengan tangan) ke seluruh tubuh termasuk kemaluan. Ini akan sendirinya membatalkan wudhu yang hendak diambil.


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan yang dinyatakan, berikut adalah jawapan kepada persoalan tersebut; Setiap bacaan atau perbuatan sunat yang dilakukan ketika solat fardhu, maka sunat juga dilakukan ketika solat sunat seperti membaca solawat ketika tahiyat akhir dan baca surah selepas al-fatihah. Wajib bagi makmum yang bersolat maghrib di belakang imam bersolat isyak melakukan salah satu daripada dua perkara berikut: • Berniat mufaraqah daripada mengikut imam • Menunggu imam semasa tahiyyat akhir bagi makmum sehingga imam sampai ke duduk terakhir untuk bertasyahhud dan salam bersama imam. Sebaiknya dalam keadaan waktu solat ketika itu adalah waktu isyak, maka makmum berniat solat isyak terlebih dahulu memandangkan tidak diketahui solatnya imam. Mandi hadas besar akan mengangkat hadas kecil secara automatik tanpa perlu niat wuduk selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 230

message user image