BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Arwah ayah saya telah berkahwin dgn ibu tiri sy, adakah batal wuduk antara saya dan cucu lelaki ibu tiri saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika cucu tiri itu lahir daripada darah daging puan (anak kepada abang atau kakak) yang sebapa (walaupun berlainan ibu) atau seibu (walaupun berlainan bapa), maka tidaklah membatalkan wuduk. Sebaliknya jika cucu tiri itu lahir daripada anak kepada ibu tiri, iaitu anak sedia ada ibu tiri sebelum berkahwin dengan arwah bapa puan, maka batallah wuduk kerana nasab yang berlainan. Mereka bukan mahram kepada puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 163

message user image