BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: السلام عليكم ورحمةالله وبركاته Saya ada soalan tentang aqiqah untuk bayi. Bayi saya meninggal dunia pada umurnya 53 hari dan saya belum sempat melakukan aqiqah untuknya. Dan atas kejadian itu, saya mendapat sumbangan berupa wang ringgit dari orang ramai. Soalan saya, bolehkah saya melalukan aqiqah untuk bayi saya yang meninggal itu menggunakan duit sumbangan tadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh menggunakan duit sumbangan tersebut untuk melakukan aqiqah anak yang telah meninggal dunia kerana belum berkesempatan melakukannya pada masa itu. Ibadah aqiqah adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Islam kepada ibu bapa untuk anak yang baru lahir. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Samurah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 175

message user image