BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang sesuatu. Dahulu pernah pagar rumah saya tidak ditutup dengan rapat sewaktu hujan. Kemudian ada dua ekor anjing masuk. Di luar porch hingga laluan ke pagar adalah lantai tile. menurut kawan kepada kawan saya tidak perlu disertu melainkan kalau nampak anjing itu menjilat lantai ataupun berak di situ. Jika jalan sahaja walaupun lantai basah menurutnya tidak perlu disertu. Kemudian setelah beberapa lama saya tengok ada video seorang ustaz dan apa yang saya jika anjing itu basah atau permukaan yang disentuhnya itu basah maka perlu lah disertu. Sekarang sudah lamanya saya biarkan dan hujan sudah beberapa kali turun kena lantai tersebut. Juga mak saya selalu menyiram pokok-pokok yg berada di porch tersebut menggubakan pili. Maka sudah beberapa kali lantai tersebut basah setelah kering. 1) Adakah najis dari anjing yg berjalan/duduk di kawasan porch tersebut telah berpindah-pindah sewaktu permukaan basah dan dipijak pijak oleh orang lain? 2) adakah saya sertukan lantai luar porch tu sahaja sudah memadai? 3) ataupun perlukah saya sertukan seluruh rumah termauk di dalam rumah kerana tidak tahu sekiranya najis ada berpindah apabila ada ahli keluarga mungkin terpijak berkaki ayam atau sentuh lantai semasa lantai tersebut basah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, najis tersebut tidak berpindah. Namun, jika masih tidak tenang disunatkan untuk sertu kawasan porch untuk menghilangkan keresahan. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata: “Aku telah hafal dari Rasulullah SAW” دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu’”. (Riwayat al-Tirmizi) Adapun, di dalam rumah tidak perlu disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 354

message user image