BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Pertanyaan mengenai taklik dan talak. 1. Suami telah memberi taklik kali pertama dengan menyatakan jika saya keluar dari bilik dimana terjadinya pergaduhan, maka jatuh talak kepada saya. Saya keluar dari bilik setelah keadaan reda dari pergaduhan. Adakah jatuh taklik tersebut? 2. Adakah sahih jika tiada pengesahan dibuat samada jatuh taklik, berlaku/ tidak berlaku, jika tiada niat atau ditarik semula? Semasa saya dan suami ke mahkamah Shah Alam untuk mendaftarkan kes, pegawai dikaunter pertanyaan menyatakan tidak jatuh talak kerana suami telah menarik semula taklik tersebut dengan menyatakan dia izinkan saya keluar dari bilik (tetapi saya tidak dengar / tidak pasti). 3. Suami telah menceraikan saya dengan talak satu pada 12 April 2020. Tiada saksi pada ketika itu kecuali anak berumur 9 tahun dan 3 tahun. Suami menyatakan dia tiada niat untuk melafazkan cerai walaupun lafaz itu jelas dan terang (aku ceraikan kau dengan talak satu). Ini merupakan kali pertama lafaz cerai talak satu dilafazkan oleh suami. Sebelum itu suami telah menuduh saya mempunyai hubungan sulit dan dia menyatakan jika saya mempunyai hubungan sulit maka jatuh talak kepada saya. Beliau kemudian telah menyuruh saya untuk bersumpah dan menjunjung Al-Quran (saya tidak mahu berbuat demikian) lalu dia terus melafazkan cerai. 4. Suami beranggapan tidak jatuh talak kerana dia menyatakan tiada niat di pihak beliau. Suami masih ingin pulang ke rumah setelah keluar pada hari kejadian. Tiada lafaz rujuk kecuali beliau menyatakan dia masih ingin bersama dengan saya dan anak-anak. Tempoh perkahwinan 16 tahun dan mempunyai 3 orang anak lelaki berusia 15 tahun, 9 tahun dan 3 tahun. Bagaimana status saya ketika ini? 5. Suami mengalami krisis kewangan dan perniagaan merosot. Bilamana suami tertekan, saya dan anak-anak menjadi emotional punching bag untuk beliau. Saya sering disalahkan dalam semua hal, dituduh macam-macam perkara. Saya menanggung semuanya dan sejak beliau kehilangan sumber pendapatan sejak 3 tahun lalu, sikap beliau semakin teruk kepada saya dan anak-anak. Setiap kali suami mengalami krisis, saya dan anak-anak akan menjadi korban. Kali ini lebih teruk kerana nama saya bakal disenaraihitam kerana digunakan untuk pendaftaran syarikat oleh sebab suami telah bankrupt sebelum ini. Semua hutang-hutang yang dibuat oleh beliau adalah atas nama saya. Saya risau akan hilang pekerjaan jika disaman oleh pihak bank, duit simpanan saya dan anak-anak telah habis digunakan untuk membayar hutang, malah terpaksa meminjam kepada ibubapa dan kakak saya. Macam mana masa depan saya dan anak-anak jika ini berterusan kerana ini bukanlah pergaduhan kali pertama sehingga menyebabkan bercerai berai. Boleh dikatakan sudah menjadi pattern akan berlaku pergaduhan besar setiap 4-5 tahun. Semasa beliau masih bekerja (makan gaji), pergaduhan seperti ini turut berlaku kerana beliau sering merasa rendah diri, terhina, powerless dan sebagainya dan sering menyalahkan saya untuk segala masalah dan kesulitan beliau. Saya rasa sangat tertekan dengan keadaan seperti ini. Selama ini saya bersabar kerana sayangkan hubungan dan memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil, namun saya juga tidak mahu perkara yang sama berulang dan dipergunakan untuk kepentingan beliau. Anak-anak juga turut terkesan dalam situasi yang tidak sihat begini. 6. Suami juga pernah mengugut jika bercerai, saya tidak akan dapat berjumpa dengan anak-anak, malah dia akan membuat proses penceraian jadi sulit dan akan menyusahkan saya. Beliau juga pernah mengugut akan menyatakan saya tidak layak untuk mendapat hak penjagaan kerana emosi dan mental tidak stabil.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jatuh taklik kerana puan keluar dari bilik tersebut. Taklik tidak boleh ditarik balik. Ia terikat sampai bila-bila sehinggalah puan melanggarnya walaupun tiada niat. Lafaz cerai yang disebut oleh suami pada 12 April 2020 adalah lafaz cerai secara soreh. Maka jatuhlah talak ke atas puan. Walaupun suami mendakwa tidak berniat dan tiada saksi. Secara ringkasnya, puan dan suami hendaklah mengemukakan pengesahan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal dengan kadar segera untuk disahkan oleh Hakim Syarie dan diselesaikan supaya dapat ditentukan bilangan talak sebenar yang telah jatuh. Berkenaan isu dalam rumahtangga, puan boleh dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk bantuan dan pandangan tentang masalah yang dihadapi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 231

message user image