Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah seorang anak yg duduk serumah dgn ibubapa membayar zakat fitrah utk dirinya dan kedua ibubapanya yg masih berkemampuan UTK membayar zakat UTK keluarganya. Adakah bayaran zakat si anak itu sah atau si bapa perlu membayar semula.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, bagi anak yang telah bekerja boleh membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan untuk kedua ibu bapanya. Sah zakatnya walaupun bapa tersebut berkemampuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.