BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya kita perlu qado solat yang bnyk(20 tahun)...adakah haram kita lakukan solat sunat selagi kita belum habis qado solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah haram bagi orang yang mempunyai tanggungan qada’ solat untuk melakukan solat sunat seperti solat sunat terawih atau solat sunat dhuha di samping melaksanakan qada’ solat wajib. Walau bagaimanapun, qada’ solat wajib adalah lebih diutamakan. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda : فدين الله أحق أن يقضى Maksudnya : “Hutang dengan Allah lebih berhak untuk dilangsaikan” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 65

message user image