Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Dalam kedaan berpuasa saya telah membersihkan faraj dgn memasukkan jari ke dalam lubang faraj. Ini saya lakukan kerana jika tidak selepas solat sy akn dapati seluar dlm sy berbau hancing. Apakah ada rukhsah dlm hal ini atau ia membatalkan puasa saya kerana memasukkan jari bagi tujuan memmbersihkan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dalam keadaan tersebut ia bertujuan untuk memastikan bahawa tiada lagi najis yang tersisa di lubang faraj seperti air kencing, maka hukumnya adalah tidak membatalkan puasa selagi tidak melebihi kadar yang sepatutnya. Jika tidak dibersihkan, ia akan membatalkan solat kerana syarat sah solat adalah bersih dari sebarang najis pada tubuh badan dan pakaian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.