Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Semasa perut saya 6 bulan saya diceraikan, keesokan hari suami cakap nak rujuk balik, selama dia ceraikan saya sehingga anak sekarang 7 bulan.. Kami belum bersama. Apakah status kami skrang?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jika suami telah melafazkan rujuk terhadap isteri maka status sekarang adalah masih sah sebagai pasangan suami isteri. Berkaitan lafaz cerai dan rujuk tersebut perlu didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.