Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan tentang darah haid. Kitaran darah haid saya teratur tetapi akibat pengambilan ubat (prednisolone) darah yang keluar pada minggu tersebut menjadi putus-putus dan keluarnya darah tidak mencukupi sehari semalam. Hanya tompok merah keruh kelihatan sekali sekala. Perlukah saya teruskan solat dan berpuasa ramadhan seperti biasa ? Adakah ianya di kira darah haid, istihadah atau darah rosak. Saya yakin itu adalah darah haid mengikut pengiraan kitaran darah saya tetapi saya masih keliru.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana kitaran darah haid puan adalah tetap, namun ia terjejas disebabkan pengambilan ubat tersebut, maka darah yang keluarnya terputus-putus itu adalah darah haid selagi tidak melebihi 15 hari. Tambahan pula puan sendiri yakin tempoh keluarnya adalah dalam tempoh tetap haid puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.