BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Nak tanya kalau saya bekerja di KL dan ulang alik menaiki train dari senawang. waktu pulang bekerja dalam pukul 6.30 ptg, saya akan menaiki train pulang ke senawang. Jika waktu maghrib masuk sewaktu dlm perjalanan dan saya smpi ke senawang waktu maghrib sudah habis, boleh ke saya jamakkan ke isyak? Soalan kedua: Katakan saya pulang bekerja awal sedikit, saya dapat sampai ke rumah sblm waktu maghrib habis tapi tinggal brp minit untuk masuk isyak, boleh ke saya jamak atau sy perlu solat mcm biasa?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, puan tidak boleh solat jamak (Isyak-Maghrib) kerana tidak cukup syarat jamak iaitu mereka yang bermusafir lebih dua marhalah iaitu bersamaan 93 kilometer. Maka dalam situasi ini puan wajib solat di dalam kereta api bagi mengelak waktu maghrib tamat tempoh. Sedangkan KL – Senawang hanya 72 kilometer. Bagi situasi jika puan pulang awal ke rumah, bergerak sebelum maghrib dan tiba di rumah (hampir tamat tempoh waktu maghrib) diwajibkan solat maghrib seperti biasa, tidak boleh jamak kerana tidak cukup syarat kerana kurang dua marhalah. Disarankan supaya solat maghrib di dalam kereta api bagi mengelakkan terlepasnya waktu maghrib yang singkat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image