Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, 1) Kesan luka pada seseorang akan disembuh apabila muncul lapisan keras yang berwarna hitam atau coklat pada lukanya untuk menghalang darah keluar dan membaiki sel lukanya. Adakah sah mandi wajibnya walaupun air diratakan dia atas kesan lukanya. 2) Seseorang menghadapi "ingrown toenail" dimana kuku kakinya tumbuh tidak sekata mengikut kefahaman saya. Adakah sah juga mandi wajibnya jika dia sudah sedia upaya untuk meratakan air ke celah-celah kuku kakinya yang ditutup dengan otot yang berlebihan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Mandi wajibnya adalah sah. Walaupun luka mula mengering (lapisan keras coklat/hitam) ia juga merupakan anggota badan yang wajib diratakan air. 2. Bagi situasi ini, sah mandi wajibnya walaupun telah sedaya upaya meratakan air di kuku kaki tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.