BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya hukum seorang penjawat awam yang mengambil harta kerajaan untuk kegunaan rakyat. Contohnya, seorang pegawai farmasi mengambil ubat paracetamol untuk jirannya yg demam. Ubat ini memang untuk indikasi demam. Dengan ilmu pegawai berkenaan, ubat tersebut tidak disalah guna. Walaubagaimanapun, prosedur untuk mendapatkan ubat tersebut dari fasiliti kkm adalah tidak tepat di mana jiran tersebut sepatutnya perlu berjumpa dengan pengamal perubatan, diberi preskripsi ubat dan baru kemudiannya ubat diberikan kepada pesakit (jiran). Dari sudut pandang yang lain, tindakan pegawai tersebut afalah untuk membantu jiran tersebut yang sakit bagi mendapat rawatan dengan cepat kerana jika pesakit tersebut ke hospital / klinik kesihatan, itulah ubat yang akan diberikan. Dalam hal ini, adakah pemberian pegawai tersebut adalah haram? Bagaimana pula hukumnya sekiranya watak jiran diubah kepada ahli keluarga pegawai berkenaan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dari segi hukum, jika ingin mengambil sesuatu barang yang bukan milik kita mestilah dapatkan keizinan daripada tuannya. Jika tidak, hukumnya dikira mencuri dan haram untuk digunakan kerana mengambilnya secara batil. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)” (an-Nisa’ : 29) Disamping itu, penjawat awam adalah diingatkan agar menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berintegriti, tidak salahguna kuasa (jawatan) dan melakukan penyelewengan sebagaimana aku janji sebagai penjawat awam. Sentiasa amanah dalam menjalankan tugas mereka. Justeru, tidak kira sama ada jiran atau ahli keluarganya yang memerlukan ubat tersebut hendaklah diambil dengan cara yang betul. Mengikut prosedur dan SOP bidang pekerjaan masing-masing. Jika didapati tindakan yang dilakukan itu salah dari segi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, maka beliau mestilah bertanggungjawab ke atas perbuatannya dan boleh dikenakan tindakan ke atasnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 167

message user image