BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: adik lelaki sy ambil ank angkat lelaki bby tersebut d susu oleh isterinya jd dgn kami adik beradik batal ke air sembahyang


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hubungan anak tersebut adalah merupakan anak saudara susuan dan kesan kepada susuan (cukup syarat susuan) iaitu 5 kali kenyang menjadikan anak itu mahram kepada ibu saudaranya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ Maksudnya: “Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini dengan susuan.” (Riwayat al-Bukhari) Maka tidak batal air sembahyang antara ibu saudara dengan anak saudara susuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image