Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya Ada mempunyai berapa soalan. 1. Apakah hukum seorang isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan suami. Tujuan dia keluar kerana ingin menghantar kawan utk pulang ke kampung di terengganu selama berapa hari. Dia tidak memberitahu suaminya langsung. Suaminya Hanya mengetahui setelah berapa Hari. Kemudian apabila dia tel. Isterinya, isterinya memberitahu tidak meminta izin Dr suami kerana takut suami Tak bagi. 2. Apakah hukum isteri selalu berbalas wassap dengan kawan (Tak pasti lelaki atau perempuan). Sedangkan dia blok wassap suami kerana Tak mahu suaminya mengetahui yg dia tgh online wassap. 3. Apakah hukum seorang isteri upload gambar dia dengan lelaki lain dlm Facebook. 4. Apakah hukum seorang isteri menyimpan gambar lelaki lain selain dari gambar suami dalam dompetnya. 5. Apakah yg harus dilakukan oleh suami setelah dia mendapati yg isterinya Ada melakukan perkara2 Kat atas. Suaminya masih sayangkan isterinya tetapi isterinya berterusan dengan perangai tersebut. Malah isterinya sanggup berhabis duit semata mata utk nampak cantik di mata lelaki lain selain suaminya. Isterinya sanggup mengadaikan rantai perkahwinan yg dihadiahkan oleh suaminya utk dptkan duit.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Haram bagi seorang isteri keluar rumah tanpa mendapatkan keizinan daripada suaminya. 2. Tidaklah berdosa berbalas Whatsapp kepada kawan dalam perkara kebaikan, tetapi berdosa jika Whatsapp dalam perkara maksiat dan kemungkaran. 3. Haram bagi seorang isteri yang upload gambar bersama lelaki lain dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah kepada suami. 4. Haram seorang isteri menyimpan gambar lelaki lain yang tiada hubungan kekeluargaan dengannya yang boleh menimbulkan fitnah kepada suami. 5. Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap isteri dan anak-anaknya. Suami bertanggungjawab mendidik dan menasihati ahli keluarganya dan membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika dia ada melakukan kesalahan. Namun, jika isteri kekal dalam maksiat, saudara boleh mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.