Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, sekiranya terdapat discaj/ keluaran berwarna coklat sebelum keluar darah haid adakah discaj itu dikira sebagai haid?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, warna coklat yang keluar itu juga dikategorikan sebagai haid kerana keluarnya disusuli dengan warna merah. Dan dihujungnya juga akan kembali berwarna coklat dan seterusnya akan kering (tamat haid). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.